De Fake Smile ♥ De Fake Smile ♥: 2014

Sunday 14 December 2014

Leggoooooo

AKU DOK KISAH PUNG ORANG DOK SUKE AKU . AKU DOK KISAH PUNG BILA AKU BUAT BAIK DENGAN ORANG TUU TAPI DIA BALASS KEA AKU MACAM *BAb* AKU DOK KISAH PUNG ADEA ORANG HIPOKRIT BELAKANG AKU . ASALKAN AKU ABIS BAIK OH LAYAN ORANG TUU . AKU DOK NYESAL PUNG AKU KENAL MU TAPI AKU NYESAL SEBAB MU DOK PERNAH NOK HARGAI AKU , YE AKU TAHU AKU DOK CERDIK . YE AKU TAHU AKU DOK COMEL . KATE LA NOK KATE MENDE MU . SE JE AKU NOK MU TAHU . PAHALA MU SEMUA BOLEH KE AKU . MENDE AKU BOLEH KABO *TERIMAKASIH* AKU TAAKBOH JADI JAHAT SEBAB MG *WHATEVERLAH* DAKPE AKU TADOK PERASAAN PUNG . TAKDOK BENDE AHHH . CHIILLLL K CHILLLLLL 


P/S HOK TAKDOK KENA  MENGENA JANGAN PERASAN AH K .
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 13 December 2014

apakah ?


Rasa apakah ini?
Tenang, riang dan gembira
Bahagia tak terungkap
Alhamdulillah terima kasih

Aku pernah omong
Aku yakin pada kehadiran pelangi
Setiap kali turunnya hujan
Dan sentiasa akan yakin

Pelukan erat
Ciuman hangat
Pegangan yang penuh rasa kasih
Argh tak akan dilupakan

Aku tak akan ulang kesalahan sama
Akan aku pastikan hati kau terjaga
Tidak mungkin akan lunyai 
Kerna sentiasa terluka dan dijahit aku

Infiniti cinta
Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya

Hihi aku suka 
Setiap bait itu
Indah

Mohon
Sentiasa bersama
Mohon
Jangan berubah

Aku sayang kau
Sepenuh hati......

arghh hati aku mohon kuat aku mohon kau kental . mana mungkin aku boleh terima orang lain sedangkan aku sayangkan kau . hm hitam tak putih pun tak . mati hilang pergi tinggalkan aku macam tuu jea . mungkin aku dah tak diperlukan dan mungkin dia dah jumpa yang lebih baik dari aku . cumaa aku pelik , aku pelik dengan diri aku sendiri sebab aku terlebih syokk sendiri dengan perasaaan aku , terlebih syok dengan kau sedangkan there nothing btw us ! ahh galau .


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 5 April 2014

Bangkit wahai hati

Assalamualaikum para pembaca blog yang tak seberapa nak aktif ni.
Alhamdulillah untuk segala nikmat hari ni.
Bukan. Bukan hak kita untuk tentukan syurga dan neraka seseorang. Bukan juga tugas kita untuk menghukum orang. Kenapa? Sebab kita belum cukup adil dan bagus di mata Allah sendiri. Biarkan Allah yang menentukan segalanya sesungguhnya hanya Dia yang lagi berhak atas segalanya. Kita pula hanya perlu muhasabah diri sendiri. Ya, diri sendiri yang tak pernah lari daripada membuat kesilapan.
Sedang aku terjatuh. Sedang aku dijatuhkan. Sedang aku dipijak lagi terpijak, hanya Allah yang sentiasa menemani. Alhamdulillah. Aku dapat rasakan pada saat itu, bunga yang sebelum ini mekar menjadi layu. Bukan kerana kurangnya jagaan tetapi kerana persekitaran yang sering mengganggu kehidupan bunga. Namun, benar sekali tekaan aku, bunga yang layu tidak mustahil akan berkembang kembali. 
Ruang luas di hadapan mata. Namun apa yang dilihat hanya sebuah sudut yang tajam. Gelap dan kosong. Bosan. Sedang di sebaliknya ruang yang luas itu peluang dan harapan. Harapan kepada peluang, peluang kepada pengharapan. Di hadapan itu cita-cita, di ruang kosong itu kesempatan. Dalam dua situasi ini, dimanakah kita? Apakah yang selalu kita fikirkan? Bohonglah jika aku katakan aku berada di situasi kedua. Ya, aku orang pertama. Selalu memandang kepada kekurangan dan kelemahan. Tidak memandang kepada kesempatan dan kelebihan.
Hanya apabila aku dikejutkan oleh sesuatu, barulah aku berubah menjadi orang kedua. Orang yg optimis. Dan bukan calang-calang kejadian yg berjaya mengejutkan aku. Hanyalah kegagalan dan kejatuhan. Meskipun yang dilihat hanyalah sebuah ruang, namun apa yang dirasakannya adalah peluang. Peluang lebih besar. Peluang baru dalam kehidupan. Alangkah beruntungnya mereka yang terus menjadi orang kedua. Positif, optimis, terbuka, berjaya. Berjaya yang bukan hanya dinilai selepas pencapaian. Tetapi berjaya kerana terus menjadi orang yang kedua.
Sudah lumrah, kita sering ditakutkan dengan ketakutan yang tidak benar. Sebelum melihat peluang, yang kita nampak hanya ketakutan. Sebelum melihat harapan, yang kita lihat hanya kebuntuan. Aku sering berfikir dengan hati yang sempit lagi terhimpit. Hati yang kecil itu kemudian aku henyak lagi dengan fikirang kalut tidak berasas. Penyakit yang tiada ubat sebagai penawarnya. Terbaca di satu catatan penulis. Pujuklah hati, pujuklah rasa. Pujuklah hati supaya berlapang dada. Pujuklah rasa agar mengikut kata. Maka aku pujuk dengan doa. Aku pujuk biar mereka lihat ruang yang luas itu adalah aku. Ada aku di sana. Ada aku yg sedang berjaya.
Pujukan aku didatangi suara-suara halus. Tetapi kenapa hati yg sempit ini membesarkan suaranya? Bukan salah mereka, tetapi kau wahai hati, kau yang membesarkannya. Mendengar segala kata insan yang mungkin melihat luaran, bukan dalaman. Insan yang tidak percaya bahawa kejayaan itu bukan datang daripada manusia, tetapi ia datang daripada gerakan Maha Esa. Insan lain boleh menilai, namun penilaian yang baik adalah ddaripada diri sendiri. Kita tahu kemampuan kita dan apa yang kita boleh capai. Limit manusia terletak pada akalnya. Akal yang kalah adalah akal yang tertipu.
Jangan ragu untuk terus bangkit dan melangkah. Bagaimana sekalipun datang suara yang ingin menyempitkan ruang yg kamu lihat, jadikan ia sebagai suara-suara yang melonjak kamu ke hadapan. Memasuki ruang, pembuka jalan. Suara itu kau tolak ke atas, ke tepi dan ke hadapan. Itu ruang kamu. Ia ruang, bukan lohong. Ia ruang, bukan bohong. Ia ruang untuk sebuah episod baru kehidupan.
Mungkin kita selalu terjatuh kerana dijatuhkan atau mungkin kerana Allah yang ingin melihat sejauh mana kita dapat bertahan dengan dugaan yang diberikan. Namun, kita perlu sentiasa ingat, Allah melakukan sesuatu itu sebaik-baik kejadian dan pasti akan ada hikmah untuk setiap yang berlaku. Tidak, aku tidak berdendam dengan sesiapa kerana aku sudah melangkah sempadan yang pernah menjerat aku untuk rasai kepedihan dan kesakitan. Aku sekarang sudah punya kebahagiaan aku sendiri yang mungkin hanya aku dan kau mengerti. Biarlah, aku doakan Allah merahmati setiap hambaNya. 
Tanpa sedar air mata aku jatuh lagi . bukan aku tak kuat , bukan aku lemah tapi aku sendiri terseksa dengan kehidupan aku sendiri . hanya kau yang beri aku kekuatan bukan orang lain bukan . hati aku hanya untuk kau 
terima kasih kerana membahagiakan aku , terima kasih kerana terima aku . terima kasih untuk segalanya . 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 9 January 2014

i'm back but never perfect

Assalamualaikum. 

Hey there !  I miss my blog so much . *cough* K tipu .

Argh . mustahil aku rindu blog aku . dah 7 months aku tak bukak blog . bukan setakat blog . lappy aku pun siap ada sarang semut lagi . nampak betapa sayangnya aku kat lappy ni ? K memang sayang pun sebenarnya . cuma masa yang tidak mengizinkan untuk aku bermanja manja dengan lappy dan sewaktu dengannya . well , SPM is more important . *sneeze* haha . semua dusta . 

actually it is not about SPM or something like 'studying' . LAZINESS can explain everything . selama 7 months ni aku hanya online melalui tab or phone . they are more easier and faster I guess . no need to wait and waaaaiitttt for too long .  see , lembab gila nak mati . punya lah payah aku nak bukak blog aku ni . why ha ? tell me why~ *singing* nak suruh aku makin malas bukak lappy mungkin . nak aku study je mungkin . duh segalanya mungkin bagiku . ecece .

so , what to update now ? hmm. yes, of course I've too much story to be told . and I forgot to list up them one by one for these 7 months . I'm not that type babe sorry. banyak lagi kot benda lain yang aku boleh buat selain daripada duk buat list semua tu . apa jadah nak list-list semua tapi updatenya tidak . kenapa ? sebab mustahil lah aku nak menaip panjang-panjang cerita dekat semua orang apa yang dah jadi selama 7 bulan ? kau sanggup ? mesti tak kan ? so , same goes to me dear . 

cuma aku boleh cakap apa yang aku ingat . first , I've learned to love and to leave . I've learned how to forgive people and forget about what they had did . I've learned how difficult it is going to get accolades from someone . *sigh* and I've learned that friendship means everything . dan aku dah terlalu banyak menyakiti dan disakiti sepanjang 7 bulan ni *pasang lagu sonata* yes , aku terima segalanya . aku dah banyak belajar pasal kehidupan dan aku pasti masih banyak yang akan aku pelajari nanti . thanks to my past .

today , 10january2014 . such a greatgreat date maybe . i will remember this date always . blog aku sudah berubah wajah , semuanya berubah . lagi simple eh terlebih simple ihiks biarkan. entry yang dulu semua dah padam . apa yang terjadi ? *sneeze* ,  dear God , please give me some strength , give me some peace . i only have you God . aku tanak mintak simpati pada sapesape . aku hanya insan biase kadangkadang aku perlukan perhatian , aku perlukan kasih sayang . tapi tak mungkin aku nak menadah kasih sayang dari orang lain , tak mungkin . 

aku bukan super ring yang boleh lawan raksasa , bukan superman yang boleh lindungi orang lain aku hanya seorang manusia yang lemah . its okay , aku harap ujian ini boleh mematangkan aku lagi . thanks to my love because of your support , i really appreciate it . iloveyousomuchdear . and terimakasih awak awak awak awak awak sebab bukan awak saya tak kenal sape diri saya . thanks a lot . 


much love ; me

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by NurulAthirah