De Fake Smile ♥ De Fake Smile ♥: Bangkit wahai hati

Saturday 5 April 2014

Bangkit wahai hati

Assalamualaikum para pembaca blog yang tak seberapa nak aktif ni.
Alhamdulillah untuk segala nikmat hari ni.
Bukan. Bukan hak kita untuk tentukan syurga dan neraka seseorang. Bukan juga tugas kita untuk menghukum orang. Kenapa? Sebab kita belum cukup adil dan bagus di mata Allah sendiri. Biarkan Allah yang menentukan segalanya sesungguhnya hanya Dia yang lagi berhak atas segalanya. Kita pula hanya perlu muhasabah diri sendiri. Ya, diri sendiri yang tak pernah lari daripada membuat kesilapan.
Sedang aku terjatuh. Sedang aku dijatuhkan. Sedang aku dipijak lagi terpijak, hanya Allah yang sentiasa menemani. Alhamdulillah. Aku dapat rasakan pada saat itu, bunga yang sebelum ini mekar menjadi layu. Bukan kerana kurangnya jagaan tetapi kerana persekitaran yang sering mengganggu kehidupan bunga. Namun, benar sekali tekaan aku, bunga yang layu tidak mustahil akan berkembang kembali. 
Ruang luas di hadapan mata. Namun apa yang dilihat hanya sebuah sudut yang tajam. Gelap dan kosong. Bosan. Sedang di sebaliknya ruang yang luas itu peluang dan harapan. Harapan kepada peluang, peluang kepada pengharapan. Di hadapan itu cita-cita, di ruang kosong itu kesempatan. Dalam dua situasi ini, dimanakah kita? Apakah yang selalu kita fikirkan? Bohonglah jika aku katakan aku berada di situasi kedua. Ya, aku orang pertama. Selalu memandang kepada kekurangan dan kelemahan. Tidak memandang kepada kesempatan dan kelebihan.
Hanya apabila aku dikejutkan oleh sesuatu, barulah aku berubah menjadi orang kedua. Orang yg optimis. Dan bukan calang-calang kejadian yg berjaya mengejutkan aku. Hanyalah kegagalan dan kejatuhan. Meskipun yang dilihat hanyalah sebuah ruang, namun apa yang dirasakannya adalah peluang. Peluang lebih besar. Peluang baru dalam kehidupan. Alangkah beruntungnya mereka yang terus menjadi orang kedua. Positif, optimis, terbuka, berjaya. Berjaya yang bukan hanya dinilai selepas pencapaian. Tetapi berjaya kerana terus menjadi orang yang kedua.
Sudah lumrah, kita sering ditakutkan dengan ketakutan yang tidak benar. Sebelum melihat peluang, yang kita nampak hanya ketakutan. Sebelum melihat harapan, yang kita lihat hanya kebuntuan. Aku sering berfikir dengan hati yang sempit lagi terhimpit. Hati yang kecil itu kemudian aku henyak lagi dengan fikirang kalut tidak berasas. Penyakit yang tiada ubat sebagai penawarnya. Terbaca di satu catatan penulis. Pujuklah hati, pujuklah rasa. Pujuklah hati supaya berlapang dada. Pujuklah rasa agar mengikut kata. Maka aku pujuk dengan doa. Aku pujuk biar mereka lihat ruang yang luas itu adalah aku. Ada aku di sana. Ada aku yg sedang berjaya.
Pujukan aku didatangi suara-suara halus. Tetapi kenapa hati yg sempit ini membesarkan suaranya? Bukan salah mereka, tetapi kau wahai hati, kau yang membesarkannya. Mendengar segala kata insan yang mungkin melihat luaran, bukan dalaman. Insan yang tidak percaya bahawa kejayaan itu bukan datang daripada manusia, tetapi ia datang daripada gerakan Maha Esa. Insan lain boleh menilai, namun penilaian yang baik adalah ddaripada diri sendiri. Kita tahu kemampuan kita dan apa yang kita boleh capai. Limit manusia terletak pada akalnya. Akal yang kalah adalah akal yang tertipu.
Jangan ragu untuk terus bangkit dan melangkah. Bagaimana sekalipun datang suara yang ingin menyempitkan ruang yg kamu lihat, jadikan ia sebagai suara-suara yang melonjak kamu ke hadapan. Memasuki ruang, pembuka jalan. Suara itu kau tolak ke atas, ke tepi dan ke hadapan. Itu ruang kamu. Ia ruang, bukan lohong. Ia ruang, bukan bohong. Ia ruang untuk sebuah episod baru kehidupan.
Mungkin kita selalu terjatuh kerana dijatuhkan atau mungkin kerana Allah yang ingin melihat sejauh mana kita dapat bertahan dengan dugaan yang diberikan. Namun, kita perlu sentiasa ingat, Allah melakukan sesuatu itu sebaik-baik kejadian dan pasti akan ada hikmah untuk setiap yang berlaku. Tidak, aku tidak berdendam dengan sesiapa kerana aku sudah melangkah sempadan yang pernah menjerat aku untuk rasai kepedihan dan kesakitan. Aku sekarang sudah punya kebahagiaan aku sendiri yang mungkin hanya aku dan kau mengerti. Biarlah, aku doakan Allah merahmati setiap hambaNya. 
Tanpa sedar air mata aku jatuh lagi . bukan aku tak kuat , bukan aku lemah tapi aku sendiri terseksa dengan kehidupan aku sendiri . hanya kau yang beri aku kekuatan bukan orang lain bukan . hati aku hanya untuk kau 
terima kasih kerana membahagiakan aku , terima kasih kerana terima aku . terima kasih untuk segalanya . 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by NurulAthirah